Sejarah Parti Komunis Malaya: Dalam Perspektif

Kematian Chin Peng pada hari seluruh rakyat Malaysia sewajarnya menyambut Hari Malaysia telah membangkitkan kembali nostalgia dan kenangan pahit sebahagian daripada masyarakat kita terhadap keganasan yang berlaku pada era perjuangan komunis berlangsung. Kita melihat episode perjuangan komunis ini sering dijaja dalam wacana masyarakat sebagai episode yang gelap dalam sejarah negara kita. Naratif yang dimainkan adalah…

Sorotan ringkas sejarah identiti kebangsaan Malaysia

Sorotan ringkas sejarah identiti kebangsaan Malaysia – Imran Mohd Rasid Tanggal 16 September tidaklah sepopular atau se-gah tarikh keramat 31 ogos yang menjadi symbol kemerdekaan negara kita dari penjajahan imperialis British. Pada tarikh ini lewat 50 tahun yang lalu tanah Melayu telah digabungkan dengan Sabah, Sarawak dan Singapura membentuk sebuah negara Malaysia,yang namanya kekal sehingga…

Dalam librari

Dalam librari aku tersengguk seorang tua tersenyum menegur: Tak guna membuka buku menutup mata. Kan elok menutup buku membuka mata? Mulai esoknya dalam librari ku tak pernah tersengguk lagi walau orang tua sudah lama tiada kusua Dalam librari kini ku membaca, mataku sering ke kerusi orang tua yang sudah tiada ~ A. Samad Said

Jangan Salahkan Islam atas kegagalan demokrasi Mesir-Noah Feldman

Kebangkitan Arab asalnya bermula di Tunisia hanya mengambil masa beberapa minggu sahaja sebelum ianya merebak ke negara jirannya,Mesir.Kini,setelah 2 tahun setengah,Tunisia nampaknya menunjukkan isyarat positif ke arah mengiktiraf perlembagaan demokratik yang mendapat sokongan lebih daripada dua pertiga ahli di dalam Majlis perwakilan Rakyat(Constituent Assembly).Manakala Mesir pula, seperti yang dunia sudah ketahui,kini di ambang satu kudeta…

Pesan-Pesanan dalam Berdeliberasi

Di dalam tulisan Yusuf Qaradhawi,”Krisis Fatwa:Dilema antara Prinsip dan Penyimpangan”(Al-Fatwa Bainal Indhibath wa at-tasayyub) ada meneybut sikap para sahabat bila diajukan soalan: “Ibnu Laila mengatakan:”Saya mendapati seratus sepuluh orang Ansar dari kalangan sahabat Rasulullah SAW,seseorang dari mereka ditanya tentang sesuatu masalah lalu orang ini mengembalikanannya kepada orang pertama.Tidak ada seseorang pun dari mereka yang meriwayatkan…

Gerog Sorensen,Pendemokrasian dan Mesir.

Melihat perkembangan situasi di Mesir aku membuka semula buku “Democracy and Democratization: Processes and Prospects in a Changing World” hasil tulisan Geor Sorensen untuk mendapatkan perspektif sosiologi dan dinamika pergerakan masyarakat.Di dalam bukunya beliau memperkenalkan suatu teori umum bagaimana transisi sesebuah negara daripada orde politik yang bersifat autoritarian kepada sebuah orde demokrasi. Menurutnya dalam transisi…

SALAM BICARA

Entah,ini cubaan kali yang ke berapa untuk aku menhasilkan satu blog bagi memuatkan tulisan-tulisan marhaen ini.Tapi biarlah berkali-kali cuba,asalkan ada usaha untuk tidak berada pada lekuk yang sama sahaja dalam kehidupan. Ini ruang berdeliberasi.Ruang untuk aku zahirkan apa yang terlintas di fikiran.Aku mahu menulis untuk meniggalkan jasa yang bermanfaat pada alam.Biar ini menjadi saham tika…