Sabtu yang lalu, aku sempat ketemu sejarawan merangkap intelektual awam yang banyak mengangkat wacana-wacana kritis di Malaysia, iaitu saudara Farish Noor yang juga merupakan seorang Associate Professor di NTU, Singhapura. Aku, dan juga beberapa teman dari Imagined Malaysia datang jauh dari Malaysia untuk menemu ramah akan kehidupan intelektual beliau bagi sebuah projek buku yang sedang kami usahakan. Nah, untuk berbicara panjang soal intipati pertemuan dengan farish noor itu pastinya tidak cukup ruang di sini, dan barangkali akan ditulis pada tulisan akan datang.

Namun satu perkara yang dikongsikan oleh Farish pada pertemuan tersebut, yang seterusnya mencetuskan inspirasi untuk akutulis pada ruangan ini. Semasa beliau berceloteh soal kehidupan beliau semasa menjalani sesi Undergraduate di Sussex,  beliau menyebutkan bahawa secara puratanya, beliau berjaya menghabiskan sekitar 5 buku setiap minggu. 5 BUKU SEMINGGU!! Dan sebahagian daripada 5 buku tersebut pasti terselit sat  atau dua buku fiksi.

Perkongsian Farish ini buat aku terdiam seketika, termenung memikirkan sama ada aku benar-benar sudah mengerahkan segenap tenaga dalam usaha pengajian aku ini. 5 Buku seminggu tidaklah mustahil. Seminggu mempunyai sekitar 7 hari, dan setiap hari punya 24 jam. Tidak mustahil, namun harus disertakan dengan tekad dan usaha yang benar-benar serius. Malah Farish menyatakan beliau sentiasa mempunyai “habit” untuk memastikan setiap buku yang beliau baca akan disertakan dengan nota-nota penting yang dikutip dari setiap pembacaan beliau. Nah, kebanyakan daripada kita nak habsikan satu buku seminggu pun hampir tercungap-cungap, apatah lagi 5 buah buku beserta nota!

Sekali lagi, aku tidak rasa ini sesuatu yang mustahil. Pankaj Mirshra, penulis terkenal yang sudah banyak menghasilkan karya-karya sejarah dan politik, katanya telah menghabiskan sebuah buku sehari semasa beliau bertafakur dan mengasingkan diri di perkampungan Himalaya. Apa yang dibutuhkan hanyalah minat, fokus, dan yang paling penting ialah disiplin yang kuat.

Usai aku pulang dari pertemuan itu aku mula merancang untuk cuba menghabiskan 4 buku seminggu. Empat buku yang mewakil empat kategori dan fokus yang berbeza: (1) Fiksi, (2) Sejarah Asia Tenggara(sebahagian daripada usaha ulangkaji), (3) Buku berkenaan dengan Marx, dan (4) Buku berkenaan dengan tajuk kajian dissertasi aku: history of pirates!

Maka untuk minggu ini, aku terpaksa skipkan beberapa kategori, namun akan cuba kekalkan quota empat buku seminggu. Berikut adalah pilihan buku-buku untuk minggu ini:

  1.  Soul Mountain karya Gao Xinjiang- Sebuah fiksi daripada salah seorang pemenang Nobel dari China.

    51bkilu83jl-_sx323_bo1204203200_

  2.  Filipino politics : development and decay oleh  David Wurfel. Buku ini harus dibca sebagai ulangkaji untuk pembentangan Jumaat nanti.

    41nw2bw54hl-_sx315_bo1204203200_

  3. The Pirate Myth: Genealogies of an Imperial Concept oleh Amedeo Policante. Pensyarah muda di Nottingham Malaysian Campus.

    41oasie0fol-_sx313_bo1204203200_

  4. Realizing Freedom: Hegel, Sartre and the Alienation of Human Being  oleh G. Rae. Buku ini harus aku baca bagi mendapatkan beberapa isi dan material penting bagi sebuah makalah yang aku sedang siapkan.

    41cy2bvixmkl-_sx327_bo1204203200_

Doakan aku berjaya!!

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s